Isnin, 21 Jun 2010

100 Hari Sebelum Sakaratul Maut

100 HARI MENJELANG SAKARATUL MAUT

100 Hari Sebelum Sakaratul Maut Tanda kematian menjelang tiba
Sumber gambar ;
http://ervakurniawan.files.wordpress.com/2008/12/imgp7521.jpg

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada 
hambanya dan hanya akan disedari
oleh mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam
akan mendapat tanda ini cuma samada mereka
sedar atau tidak sahaja.


Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu
Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung
rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami
getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya
seperti daging lembu yang baru saja disembelih
dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan
mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi
mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa
mungkin ini adalah tanda mati maka getaran
ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar
akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak
diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan
kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini
akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang
munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini
maka ini adalah peluang terbaik untuk
memunafaatkan masa yang ada untuk
mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan
yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah
mati.

40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar.
Bahagian pusat kita akan
berdenyut- denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama
kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka malaikat maut akan mengambil daun
tersebut dan mula membuat persediaannya
ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula
mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat
maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas
lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini
akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma
seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa
adalah bersamaan dengan jumlah nyawa
yang akan dicabutnya.

7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada
mereka yang diuji dengan musibah
kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan
secara tiba-tiba ianya berselera untukmakan.

3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian
tengah dahi kita iaitu diantara dahi
kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut
kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan
memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam
kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang
yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh
dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari
bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana
bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-
lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita
akan merasakan satu denyutan di
sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di
mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk
menemui waktu Asar keesokan harinya.

PETANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan
merasakan satu keadaan sejuk di bahagian
pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan
seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini
hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah  
dan berdiam diri dan menantikan
kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita
kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesengguhnya mengingati mati itu adalah bijak
saling berpesan2lah sesama kita.Insya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails