Isnin, 21 Jun 2010

Petua Imam Syafi'e : 4 Perkara

Kali ini saya ingin menyenaraikan serba sedikit petua dari Imam Syafie.Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Petua Imam Syafie : 4 Perkara

4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

4 PERKARA YANG MELEMAHKAN BADAN
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

4 PERKARA YANG MENAJAMKAN MATA
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

4 PERKARA YANG MEROSAKKAN MATA
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

4 PERKARA YANG MENAJAMKAN FIKIRAN
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. Tidur Para Nabi
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. Tidur Para Ulama' dan Ahli Ibadah
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. Tidur Para Raja yang Tamak Haloba
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. Tidur Syaitan
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Bersama-samalah kita amalkan apa yg dibaca ini.Diharap diri kita dilindungi oleh Allah SWT dari segala keburukan dan bala bencana.Insya Allah. Diingatkan sekali lagi,diminta tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat diluar sana agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. Allah hu Akbar

1 ulasan:

  1. terima kasih coz sudi share perkara2 yg bermanfaat camni..harap kite semua dapat amalkanny :)

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails